KEK CAWAN MENTEGA

OREN DENGAN AISING KEJU

BAHAN-BAHAN

Kek Cawan

  • 125g mentega
  • 100g gula
  • 2 butir telur
  • 110g tepung serbaguna
  • 1 ½ sudu teh serbuk penaik
  • 2 sudu besar susu
  • 1 sudu teh parutan kulit oren
Aising Keju Krim

  • 270g keju krim
  • 80g gula aising
  • 10ml Double Lion Bes Minuman Berperisa Oren

CARA MEMBUAT

  1. Campurkan tepung serbaguna dan serbuk penaik ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga gebu berkrim. Masukkan telur satu demi satu dan kacau sehingga sebati.
  3. Seterusnya, masukkan campuran tepung diikuti dengan parutan kulit oren dan susu.
  4. Tuangkan adunan ke dalam cawan kek cawan dan bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit, bergantung pada saiz kek cawan. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk.
  5. Untuk membuat aising, pukul keju sehingga berkrim (lebih kurang 3 minit), kemudian masukkan gula aising.
  6. Kemudian, masukkan Double Lion Bes Minuman Berperisa Oren dan gaul sehingga sebati.
  7. Masukkan aising keju tersebut ke dalam beg paiping serta tekan ke atas kek cawan. Hidangkan.