KRIM

BRULEE KELADI

BAHAN-BAHAN

  • 200ml Krim
  • 200ml Susu
  • 6 Kuning telur
  • 40g Gula
  • 80g Keladi
  • 40ml Double Lion Bes Minuman Berperisa Keladi

Bahan Atas

  • 3 Sudu besar gula

CARA MEMBUAT

  1. kukus keladi sehingga empuk kemudian lecek halus
  2. Di dalam periuk, panaskan susu dan krim selama 5 minit di atas api perlahan.
  3. Di dalam mangkuk, putar kuning telur dan gula sehingga kembang kemudian masukkan campuran susu suam dan kacau rata. Masukkan keladi lecek dan kacau.
  4. Tuangkan campuran ke dalam bekas ramekin dan buangkan buih di permukaannya.
  5. Letak bekas ramekin di dalam dulang atau tin pembakar besar dan tuangkan air sehingga ke paras separuh ramekin
  6. Bakar di dalam ketuhar pada 170ºC menggunakan api atas dan bawah selama 40-50 minit.
  7. Setelah masak, letak di dalam peti sejuk selama semalaman. Keluarkan 30 minit sebelum perangkan gula.
  8. Taburkan gula di atasnya dan dengan menggunakan penunu bagas, cucuh dengan api sehingga gula cair.