KUIH

LAPIS ROS

BAHAN-BAHAN

  • 180g tepung beras
  • 35g tepung serbaguna
  • 15g tepung jagung
  • 135g gula
  • 500ml santan
  • 300ml air
  • 2 sudu teh Double Lion Bes Minuman Berperisa Ros
  • Secubit garam

CARA MEMBUAT

  1. Di dalam periuk, panaskan santan, air, gula dan garam untuk 4 minit. Ketepikan dan biarkan sejuk.
  2. Seterusnya, gaulkan semua bahan kecuali Double Lion Bes Minuman Berperisa Ros di dalam satu mangkuk. Masukkan campuran santan dan gaul sehingga sebati.
  3. Ayakkan campuran dan bahagikan kepada 2 mangkuk.
  4. Masukkan Double Lion Bes Minuman Berperisa ke dalam satu mangkuk dan gaul sehingga sebati.
  5. Bahagikan sama banyak campuran putih dan merah jambu kepada 5 mangkuk berasingan untuk setiap warna.
  6. Gris acuan atau tin kek bersegi 7-inci dengan sedikit minyak dan kukus dengan kehangatan yang tinggi selama 3 minit.
  7. Tuangkan lapisan pertama iaitu campuran putih ke dalam acuan atau tin kek dan kukus selama 6 minit.
  8. Tuangkan campuran merah jambu ke atas lapisan yang dikukus dengan perlahan-lahan tersebut, dan kukuskannya semula selama 6 minit. Ulangi kedua-dua langkah ini dengan baki campuran yang lain.
  9. Akhir sekali, kukus lagi selama 20 minit.
  10. Biarkan sejuk sebelum menghidang.