KUIH

TALAM JAGUNG

BAHAN-BAHAN

Lapisan Jagung

  • 140g tepung beras
  • 40g tepung jagung
  • 45g serbuk kastard
  • 190g gula
  • 180g jagung berkrim
  • 550ml santan
  • ½ tsp garam
  • 40ml Double Lion Bes Minuman Berperisa Jagung
Lapisan Pandan

  • 360ml santan
  • 160ml air
  • ½ sudu kecil Double Lion Bes Minuman Berperisa Pandan
  • 100g tepung jagung
  • 15g tepung ubi kayu
  • 100g gula
  • ½ sudu kecil garam

CARA MEMBUAT

Lapisan Jagung

  1. Masukkan semua bahan kering bersama, kemudian, masukkan santan ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.
  2. Ayakkan campuran untuk mengeluarkan ketulan di dalam campuran.
  3. Masukkan jagung berkrim dan Double Lion Bes Minuman Berperisa Jagung. Gaul sehingga sebati.
  4. Gris tin bersegi 7-inci dengan sedikit minyak. Masukkan campuran.
  5. Stim untuk 20 minit.

Tips: Lap penutup kuali setiap 10 minit untuk mengelakkan air menitik ke dalam kuih.

Lapisan Pandan

  1. Di dalam mangkuk, gaulkan semua bahan basah.
  2. Dalam mangkuk yang lain, gaulkan semua bahan kering.
  3. Campurkan semua bahan basah dan kering bersama.
  4. Ayakkan campuran untuk mengeluarkan ketulan di dalam campuran.
  5. Tuangkan campuran di atas lapisan yang dikukus dengan perlahan-lahan.
  6. Stim untuk 25 minit.
  7. Biarkan sejuk untuk 4 jam sebelum menghidangkan.