MOCHI

MULTI-WARNA

Penyediaan – 10 Minit
Tempoh masakan – 20 Minit
Hidangan siap dalam 40 Minit
Jumlah hidangan – 8 biji

Bahan-bahan

Mochi

  • 55g gula
  • 110g tepung pulut
  • 180ml air
  • 2 sudu Double Lion Bes Minuman Berperisa (Keladi, Rose, Jagung, Tebu adalah saranan kami)
  • Tepung kanji jagung, untuk pendebuan (kurangkan sekiranya anda mahukan ia lebih lembut)

Inti

  • 50g mentega
  • 170g kelapa parut – bahagian putih sahaja
  • 255g gula perang
  • Secubit garam
  • 2 daun pandan
  • 120ml air
  • 380g tepung

Cara

Cara Menyediakan Mochi

  1. Masukkan gula dan tepung pulut ke dalam mangkuk tahan panas, dan pukul hingga sebati.
  2. Tambahkan air sambil memukul dengan laju. Anda juga boleh menambah Double Lion Bes Minuman Berperisa Keladi semasa proses ini. (peringatan – proses stim akan mempengaruhinya) Pastikan tiada ketulan! Kita tidak mahu akan sebarang acuan yang berketul.
  3. Sediakan steamer dengan menambahkan air dibahagian bawah bekasnya.
  4. Nyalakan dapur dan letak mangkuk tersebut di atas tingkatnya.
  5. Letakkan tuala pengesat dibahagian bawah penutup supaya air tidak menitik ke atas mochi berikutan proses kondensasi, pastikan ia dilipat ke bahagian atas penutup.
  6. Selepas 5-7 minit, kacau acuan dengan rapi agar tiada ketulan yang terhasil.
  7. Selepas 15 minit distimkan, mochi tersebut akan membentuk. Kacau dan keruk semuanya sekali.
  8. Taburkan tepung kanji jagung ke atas kertas pacmen atau ke atas permukaan rata, letakkan acuan mochi panas ke atasnya dan taburkan lebih banyak tepung kanji jagung. Berhati-hati dengan acuan panas tersebut!
  9. Setelah dibiarkan seketika, mochi yang telah suam itu bolehlah diratakan. Gelekkannya sehingga ia menjadi setinggi 2-4mm, atau senipis mana anda mahukan akan kulit mochi tersebut.
  10. Potong membulat, pemotong bersaiz 9cm adalah yang paling bersesuaian (debukan pemotong terlebih dahulu, kerana ia akan melekat pada jari anda)
  11. Isikan inti. Gulungkan kulit mochi sepenuhnya dan masukkan patti ke dalam bekas bersaiz sederhana.

Cara Menyediakan Inti

  1. Rebus air di dalam pot. Masukkan gula perang, garam dan daun pandan. Masak sehingga ia melarut.
  2. Masukkan parut kelapa. Kacau berterusan sehingga air mengering. Kemudian, masukkan mentega dan tunggu sehingga ia mencair.
  3. Apabila inti telah melembut, tambahkan tepung dan gaul dengan sekata. (penggunaan tepung adalah bagi mengelakkannya dari melekat lalu menghasilkan tekstur yang berketul)
  4. Sejukkan inti.