TRIFFLE

Penyediaan – 20 Minit
Tempoh masakan – 1 Jam
Hidangan siap dalam 1 Jam 30 Minit
Jumlah hidangan – untuk 4-6 orang

Agar-agar

  • 2 paket 13g serbuk agar-agar
  • 250g gula batu
  • 3 sudu Double Lion Bes Minuman Berperisa Strawberi
  • 1500ml air

Custard

  • 600ml susu berkrim
  • 3 biji kuning telur
  • 2 sudu tepung jagung
  • 25g gula kaster
  • 3 sudu Double Lion Bes Minuman Berperisa Jagung
  • Lain-lain :
    • 1 paket (305g) kek paun beku yang dinyah sejuk beku, dipotong dadu
    • 1 botol (227g) krim putar COOL WHIP , dinyah sejuk beku
    • 2 cawan hirisan strawberi

Cara Menyediakan Agar-agar

  1. Sukat 1.5 litres air ke dalam pot. Masukkan gula batu, sirap rose dan serbuk agar-agar.
  2. Biarkan mendidih, gaul secara berterusan sehingga gula dan agar-agar melarut.
  3. Rendahkan kepanasan dan rebus selama 1 jam, dengan sesekali menggaulkannya.
  4. Curahkan agar-agar ke bekas acuan dan tinggalkannya untuk mengeras.
  5. Potong nipis akan agar-agar dan sejukkan sebelum dihidang.

Cara Menyediakan Kastad:

  1. Panaskan susu dan Double Lion Bes Minuman Berperisa Jagung
  2. Masukkan kuning telur, gula dan tepung jagung untuk menjadikannya pekat.
  3. Masukkan susu tersebut dan gaul dengan sekata.
  4. Tapis acuan tersebut ke dalam periuk sos dan kacau tanpa henti sehingga ia memekat.

Cara Menyediakan Gabungan :

  1. Potong agar-agar menjadi kiub bersaiz 1/2 inci.
  2. Potong kiub akan kek span
  3. Susun kek pada bahagian bawah mangkuk hidangan, diikuti lapisan buah-buahan dan jeli di bahagian atas sekali.
  4.  Setelah semuanya siap disusun, tuangkan kastad. Ulangi langkah-langkah ini sehingga beberapa lapisan, memenuhi mangkuk hidangan tersebut.
  5. Setelah siap, susun potongan buah-buahan dibahagian atas sekali,dan krim putar sebagai topping.
  6. Sejukkan sebelum dihidang