Dalam semangat Bulan Kebangsaan, kami meraikan satu lagi pencapaian yang membanggakan buat Double Lion.
Kami berbesar hati menerima Anugerah Malaysian Brand Heritage, sebagai pengiktirafan atas kejayaan mengekalkan pensijilan National Mark of Malaysian Brand selama lebih daripada 15 tahun.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen kami dalam mengekalkan kualiti, kecemerlangan dan kepercayaan yang telah diberikan oleh pelanggan, rakan niaga serta pengguna.
Sebagai jenama Malaysia, kami akan terus berusaha mengangkat nama negara melalui produk berkualiti yang membanggakan.
Terima kasih kepada SME Corp. Malaysia atas penghargaan ini, serta kepada semua pelanggan, rakan niaga dan warga kerja yang sentiasa bersama kami.
Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan. Bersama kita terus mengangkat jenama Malaysia.

